UNIT SAINS PEMBEDAHAN (2011)

UNIT SAINS PEMBEDAHAN (2011)
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Friday, January 26, 2007

RESEARCH PROPOSAL

CONTOH / PANDUAN MEMBUAT HSR ( HEALTH SYSTEM RESEARCH)  PROPOSAL

LAMPIRAN - B

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN

TAJUK KAJIAN


KAJIAN KEATAS FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENINGKATAN KES-KES TUBERKULOSIS PULMONARI DI
HOSPITAL KPP SEREMBAN

SUBJEK

PROPOSAL PENYELIDIKAN
PROJEK PENYELIDIKAN SAINS KESIHATAN

PROGRAM

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

PENYELIA-PENYELIA TUGASAN

EN. SARAJOL OTTOH, EN. ABD GHANI SAMAT, EN. MURDIN AMIT, EN. TAMBY SUBYR,EN.JOHARI DAUD MAKAJIL DAN RAKAN RAKAN PENGAJAR.

NAMA PELAJAR

KUMPULAN 70
123456-78-9100

Borang Proposal Projek Penyelidikan

1. Nama Pelajar : Siswa Penolong Pegawai Perubatan K70
2. No. Kad Pengenalan : 122456-78-9100
3. No. Tel Pejabat : 06-7628796
4. No. Tel. Peribadi : 013-1234567
5. Bidang : Diploma Pembantu Perubatan
6. Tajuk : Kajian keatas faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kes-kes Tuberkulosis Pulmonari
di Hospital KPP Seremban

7. Sinopsis Kajian:

· Dalam kajian ini, penulis akan membincangkan perkara-perkara berikut:-

· Pengenalan terhadap tajuk
· Takrifan penyakit Tuberkulosis Pulmonari
· Rasional pemilihan tajuk
· Membincangkan objektif spesifik yang merangkumi:-
· Mengenalpasti punca peningkatan kes
· Mengenalpasti faktor yang menyebabkan punca peningkatan kes berlaku
· Mengenalpasti alternatif penyelesaian masalah
· Mengumpul data dan maklumat untuk membuat penulisan kajian
· Membuat kajian perpustakaan untuk dijadikan bahan penulisan
· Metod yang dicadangkan dalam penulisan projek ini termasuklah secara diskriptif dan kualitatif, soalselidik, temubual dan tinjauan
· Penulis menggunakan 40 responden dalam perlaksanaan penyelidikan ini
· Sampel adalah dikalangan pesakit
· Kaedah penganalisaan yang dicadangkan adalah dengan menggunakan carta pai dan jadual-jadual bagi memudahkan penginterpretasian data dan maklumat yang diperolehi
· Sumber data yang akan dikutip adalah dari internet, buku, keratan akhbar, jurnal, temuramah dan maklumat dari soalselidik.

8. Objektif Kajian - Spesifik :

· Mengenalpasti permasalahan yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes Pulmonary Tuberculosis di Seremban.
· Mengenalpasti sejauh mana tahap kesedaran masyarakat setempat tentang penjagaan kesihatan.
· Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong peningkatan terhadap penyakit Pulmonary Tuberculosis.
· Mengumpul data bagi tujuan mencari alternatif-alternatif untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

9. Kaedah Kajian:

· Bagi mendapatkan data / bahan

· Menggunakan borang soalselidik
· Berkaitan demografi responden
· Berkaitan pengetahuan responden terhadap TB pulmonari
· Terdiri daripada, lebih kurang 25 soalan

Temuramah
· Responden

Tinjauan
· Terhadap responden

Persampelan
· Diantara 50-100 responden, berumur 18 tahun keatas - secara rawak
· Pekerja Hospital KPP Seremban

Lokasi
· Hospital KPP Seremban

Kaedah penganalisaan
· Diskriptif dan kualitatif dengan berpandukan kepada maklumat dan data yang diperolehi
· Carta pai
· Graf

Data dari sumber berikut (yang berkaitan)
· Internet
· Buku
· Surat khabar
· Jurnal

Tempoh kajian
· Bermula bulan September hingga akhir bulan Disember



10. Tandatangan :


11. Tarikh : 27 April 2009 (Perjumpaan dengan penyelia)


12. Penyelia tugasan : En.Sarajol Bin Ottoh


Tajuk

Kajian Keatas Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Peningkatan Kes-Kes Tuberkulosis Pulmonari
Di Hospital KPP Seremban

1. Pengenalan

Penyakit Tibi adalah merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan yang sempurna. Dalam istilah sains, penyakit tibi dikenali sebagai Pulmonary tuberculosis di mana ia disebabkan oleh sejenis bakteria yang dinamakan sebagai Mycobacterium tuberculosis. Bakteria ini hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop. Biasanya bakteria ini hanya boleh menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang serta kulit.

Bakteria Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria Tibi yang terawang-awang di udara apabila batuk. Manakala individu yang menyedut udara yang tercemar ini mempunyai peluang untuk dijangkiti penyakit tersebut. Biasanya pesakit Tibi akan menyebarkan bakteria tersebut kepada individu yang berhampiran dengannya.

Antara tanda-tanda bagi individu yang mengidap penyakit Tibi adalah:-

1. Batuk secara berterusan lebih daripada dua minggu.
2. Kahak yang mungkin mengandungi darah.
3. Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam.
4. Susut berat badan dan hilang selera makan.
5. Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang.
6. Mudah menjadi letih.

Jika seseorang individu mengalami batuk yang berterusan atau ada tanda-tanda seperti yang disebutkan tadi, beliau hendaklah :-

1. Mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
2. Melakukan pemeriksaan kahak bagi tujuan mengenalpasti bakteria Tibi.
3. Menjalani pemeriksaan x-ray dada.

Pesakit biasanya akan mengambil masa 6 bulan dibawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang terlatih:

1. 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari.
2. 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu.

Perlaksanaan kaedah Dots ialah dengan secara Directly Observed Treatment Short Course, iaitu nama bagi satu strategi yang komprihensif yang digunakan oleh Perkhidmatan Kesihatan Primer di seluruh dunia bagi mengesan dan merawat kulit pesakit tibi. Dots merupakan strategi yang paling berkesan. Kadar penyembuhannya adalah 95%.

2. Kenyataan Masalah

Dalam tahun 1950-an, penyakit Pulmonary tuberculosis, merupakan pembunuh utama dalam senarai penyakit merbahaya yang menyebabkan kematian. Kadar kematian tahuanan ialah 33.3% bagi setiap 100000 penduduk. Dalam tahun 1960-an, penyakit Pulmonary tuberculosis berada di tangga yang keempat dengan kadar 13% bagi setiap 100 000 penduduk. Dalam tahun 1980-an pula, penyakit Pulmonary tuberculosis berada di tangga ketujuh dengan kadar kematian 5.4% bagi setiap 100 000 penduduk. Manakala pada tahun 1990-an, kadar kematian adalah 1.5% bagi setiap 100 000 penduduk. Pada tahun 1996 kadar kematian adalah 4.4% bagi setiap 100 000 penduduk. Bagi Negeri Sembilan khususnya, kadar mortality keseluruhan bagi tahun 1998 ialah 5.37%.

Negara Malaysia adalah antara negara yang sedang pesat membangun, dan penyakit Pulmonary tuberculosis adalah sebahagian daripada permasalahan yang serius dan perlu ditangani dengan segera. Keadaan ini berdasarkan laporan yang dilaporkan sejak 1996,ianya menunjukkan terdapatnya peningkatan terhadap kes-kes penyakit Pulmonary tuberculosis. Penurunan tahap sosioekonomi, kemasukkan pendatang asing dari negara luar serta kurang pemahaman dan pengetahuan dalam penjagaan kesihatan serta kebersihan juga boleh mempengaruhi masalah ini.

Selain dari itu, peningkatan kes pembawa kuman HIV di mana ianya boleh mengakibatkan badan seseorang itu kurang keimunan terhadap bakteria. Ini jelas membuktikan bahawa pengidap HIV lebih cenderung untuk dijangkiti Pulmonary Tuberculosis.

Dewasa ini, kajian yang berkaitan peningkatan terhadap kes-kes baru Tibi masih kurang dilaksanakan. Kini wujud kebimbangan mengenai peningkatan kes baru penyakit Pulmonary tuberculosis di Malaysia terutamanya di Negeri Sembilan. Senario di atas menyebabkan pengkaji cuba menyelami masalah yang dihadapi oleh pesakit Pulmonary Tuberculosis di mana dengan mencari beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya peningkatan ke atas penyakit tersebut.


3. Objektif Kajian

3.1. Objektif Umum

Kajian ini dibuat bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kes-kes tuberkulosis pulmonari di Hospital KPP Seremban. Ia juga bertujuan untuk mendapatkan data-data bagi tujuan mencari alternatif-alternatif tertentu untuk mencegah daripada kes-kes Tuberkulosis di kalangan masyarakat di Seremban.
3.2. Objektif Spesifik

Perlaksanaan kajian ini adalah bertujuan khusus untuk:

· Mengenalpasti masalah yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes pulmonary Tuberculosis di Seremban.
· Mengenalpasti sejauh mana tahap kesedaran masyarakat setempat tentang penjagaan kesihatan.
· Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong peningkatan terhadap penyakit Pulmonary Tuberculosis.
· Mengumpul data bagi tujuan mencari alternatif-alternatif untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.


4. Kajian Perpustakaan / Kajian Semula

4.1. Keterangan mengenai tajuk dan konsep

Dalam kajian semula yang dilakukan, tidak banyak kajian yang dibuat khusus bagi mencari faktor-faktor sebenar yang menyebabkan peningkatan terhadap penyakit Pulmonary tuberculosis. Perolehan daripada kajian semula telah menyentuh beberapa aspek penting yang berkenaan dengan jenis-jenis, punca-punca, cara rawatan, cara menangani daripada dijangkiti penyakit tersebut. Dalam bahagian perbincangan, kajian-kajian semula telah diadaptasikan dengan ulasan hasil kajian yang bersesuaian bagi menunjukkan rujukan dan sokongan bagi penyataan yang dibuat. Berdasarkan kajian lepas, hujah yang dikemukan lebih konkrit dan dapat memberi idea dalam usaha membuat dan menulis kajian.

Dalam sebuah majalah iaitu Medical Tribune (1998) keluaran Malaysia dalam satu artikel yang dipetik dan juga akhbar The Sun di mana Dato’ Dr. Chua Jui Meng yang juga merupakan Menteri Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa peningkatan jangkitan Pulmonary Tuberculosis di negara ini berpunca dari sikap dan kurang kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan. Beliau juga menerangkan punca-punca penyebab lain. Antara contohnya kemasukkan imigrasi asing dan juga peningkatan jangkitan HIV / AIDS di Malaysia.

Pengarah Pusat Tibi Negara dalam majalah yang sama iaitu Medical Tribune (1998) keluaran Malaysia ada menyebut peningkatan penyakit Pulmonary tuberculosis adalah disebabkan oleh sikap pesakit itu sendiri yang sering meninggalkan rawatan. Keadaan ini akan mengakibatkan kerestinan bakteria terhadap ubat-ubatan primer Pulmonary Tuberculosis.

Dalam laman web Tibi Treatment yang ditulis oleh Liz Hihglemen (1997) mengatakan punca penyebaran penyakit Pulmonary tuberculosis adalah disebabkan oleh ubatan yang digunakan di masa kini sudah resisten dengan bakteria Tibi. Beliau juga tidak menafikan bahawa jangkitan HIV / AIDS juga boleh mendedahkan seseorang itu kepada penyakit Pulmonary Tuberculosis kerana pengidap HIV / AIDS mempunyai kelemahan dalam sistem pengimunan badan.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Rancangan Kawalan Tibi Kebangsaan cawangan Negeri Sembilan mencatatkan kadar penyakit Pulmonary Tuberculosis yang dilaporkan pada 1998 iaitu sebanyak 886 kes. Manakala dalam tahun 1999 pula sebanyak 942 kes dikesan. Bilangan kes mengikut etnik pula mencatatkan kaum melayu adalah merupakan kumpulan etnik tertinggi yang dikesan menghidap penyakit Pulmonary Tuberculosis iaitu sebanyak 193 kes pada tahun 1999.

World Health Organisation dalam laporannya pada tahun 1995 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan antara tahun 1989 – 1990 terdapat seramai 1700 populasi dunia dijangkiti penyakit Tibi. Kejadian ini berlaku secara mendadak terutama bagi negara dunia ketiga. Dalam laporan tersebut turut menyatakan faktor-faktor peningkatan penyakit ini disebabkan oleh taraf sosioekonomi yang rendah dan kurang pengetahuan terhadap penjagaan kesihatan dikalangan masyarakat setempat.

Peningkatan taraf hidup dan ekonomi dapat mempengaruhi pengurangan terhadap kes-kes Pulmonary Tuberculosis. Ini disebut dalam 48 Annual TB Disease July 1998 yang ditulis oleh Duke’s Hamilton yang menyatakan dengan peningkatan taraf sistem perumahan dan kemudahan asas yang baik dan tiada kesesakkan populasi terutama di sekitar bandar dan pinggir bandar dapat mengurangkan peningkatan penyakit Tibi.

Kombinasi penyakit HIV / AIDS dan Pulmonary tuberculosis menjadikan keadaan semakin teruk. Pendapat dari Dr. Carlyle Guerra De Macedo dalam Global Tibi Control / WHO 1998 juga ada menyatakan penemuan-penemuan baru seperti vaksin dan ubat-ubatan perlu penerapan dengan segera. Ini bagi memastikan potensi bakteria yang resistan ubatan primer dapat dilumpuhkan kesannya dan sekiranya tiada tindakan yang dibuat maka 70 juta populasi di dunia akan mati disebabkan penyakit Pulmonary tuberculosis.

Pemberian immunisasi BCG amat penting bagi memastikan kanak-kanak mempunyai immuniti untuk melawan jangkitan Pulmonary tuberculosis. Menurut Maurice King 1994, pemberian immunisasi BCG adalah sangat penting kepada kanak-kanak bagi mengelakkan generasi kini terdedah kepada ancaman penyakit Tibi. Manakala menurut John Mac Leod 1984, suntikan immunisasi BCG kepada bayi yang baru lahir adalah sangat penting bagi memberi perlindungan kepada bayi tersebut dari penyakit Pulmonary tuberculosis.

Dalam laporan Rancangan Kawalan Tibi Kebangsaan 1998, ianya mencatatkan bahawa suntikan BCG bagi yang berumur bawah satu tahun di Negeri Sembilan adalah 100.6%. Manakala 98.5% merupakan murid tahun satu yang telah diperiksa dan didapati 2.5% murid yang tidak mempunyai parut. Liputan mengenai pencapain suntikan BCG 1998 untuk murid tahun satu adalah 99.5% dan ini menunjukkan satu pencapaian besar dalam Program Immunisasi di Negeri Sembilan.

Dr. Douglas dalam kajiannya yang disiarkan dalam majalah Health Digest July 1998, telah mendapati DNA dari bakteria Leprosy dapat dijadikan vaksin untuk melawan Mycobacterium tuberculosis di mana kajian tersebut telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Perubatan United Kingdom.

4.2. Rasional Memilih Tajuk Kajian

· Peningkatan kes Tuberkulosis Pulmonari adalah satu fenomina yang perlu di bendung sebelum ia menular
· Mencari kaedah ataupun alternatif tertentu untuk digunakan bagi mencegah kejadian peningkatan kes Tuberkulosis Pulmonari
· Mengenalpasti punca dan faktor yang menyebabkan peningkatan kes ini berlaku
· Bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat serta pesakit mengenai kesan dan akibat jangkitan penyakit ini


5. Metodologi Kajian

5.1. ‘Design’ Kajian.

Perlaksanaan kajian ini dilakukan dengan bertujuan untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes Pulmonary tuberculosis di Hospital KPP Seremban. Kajian ini telah dilakukan ke atas 40 orang responden yang juga merupakan pesakit dalam rawatan di hospital tersebut. Pemilihan responden dibuat secara rambang dan kebanyakkan pesakit terdiri daripada pelbagai jenis umur, jantina, kumpulan etnik, pekerjaan dan sebagainya.

Dalam kajian ini, satu set soalan kaji selidik telah disediakan di mana ianya mempunyai 25 soalan dan ianya terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, soalan adalah yang berkaitan dengan peribadi pesakit. Manakala pada bahagian B pula merupakan soalan yang berkaitan dengan sejarah penyakit Pulmonary Tuberculosis, serta penilaian tahap kesihatan dan pengetahuan pesakit mengenai Pulmonary Tuberculosis yang dialami oleh pesakit.

Kesemua borang kaji selidik telah diedar oleh pengkaji sendiri dan turut dibantu oleh sebahagian kakitangan hospital terbabit. Setiap responden yang dipilih telah diberikan masa selama beberapa ketika untuk menjawab soalan yang dikemukan dan mereka perlu mengembalikan borang tersebut pada hari yang sama. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan borang kaji selidik serta jawapan tidak tercicir, hilang atau lewat bagi memudahkan pengkaji untuk membuat proses pengumpulan dan menganalisis data. Setiap responden diberikan borang secara bersendirian. Ini bertujuan untuk mengelakkan dari responden berbincang sesama mereka.

5.2. Pensampelan

Kajian ini dijalankan ke atas 40 orang responden yang merupakan pesakit yang dalam rawatan di Hospital KPP Seremban. Responden yang dipilih ini terdiri daripada pelbagai jantina, agama, kumpulan etnik, pekerjaan dan sebagainya. Kebanyakkan daripada mereka meliputi umur 18 tahun ke atas. Mereka yang terpilih terdiri daripada 5 orang pekerja buruh binaan, 7 orang adalah merupakan pekerja kilang, 6 orang daripada jumlah tersebut adalah pengidap HIV. Selebihnya merupakan kakitangan kerajaan, bekerja sendiri dan suri rumah.

5.3. Metodologi Kajian.

Tujuan kajian ini adalah untuk mencari dan mengenalpasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan terhadap kes Pulmonary Tuberculosis di Hospital KPP Seremban. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetahui tahap kesedaran dan pengetahuan pesakit atau masyarakat setempat tentang penyakit Pulmonary Tuberculosis.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual berdasarkan borang kaji selidik yang diberi secara tertutup kepada pesakit di hospital tersebut. Dalam borang tersebut terdapat 25 soalan kesemuanya yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Pada bahagian A, soalan berdasarkan kepada butir-butir peribadi pesakit. Manakala pada bahagian B pula adalah soalan-soalan yang berkaitan dengan kefahaman pesakit tentang penyakit yang dihidapi sekarang, rawatan immunisasi, pesakit yang engkar rawatan, gejala dan kesan sampingan ubat dan sebagainya.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan analisis secara diskriptif dan kualitatif dengan berpandukan kepada pengumpulan maklumat dan data yang diperolehi. Teknik untuk mendapatkan dan mengumpulkan data adalah melalui pengedaran borang kaji selidik yang diberikan secara tertutup kepada 100 orang responden. Kebanyakkan responden adalah merupakan pesakit yang tinggal di sekitar pekan Seremban.

5.4. Kaedah Penganalisaan.

Setelah mendapat persetujuan tajuk daripada penyelia, pengkaji telah memohon kebenaran daripada pihak Pengarah dan Penyelia Hospital KPP Seremban untuk menjalankan kajian ini. Kemudian pengkaji memohon kebenaran pihak responden yang terbabit untuk ditemuramah mengikut budi bicara masing-masing.

Kajian ini dijalankan selama tiga bulan iaitu dari awal bulan September 2009 hingga akhir bulan Disember 2009. Pengkaji akan menemuramah responden berdasarkan borang kaji selidik yang telah disediakan. Responden diminta memberikan jawapan secara jujur dan ikhlas berdasarkan pengetahuan dan pemahaman masing-masing. Kemudian borang tersebut akan dikumpulkan dan jawapan yang diberikan akan dianalisis oleh pengkaji. Analisis data dibuat berdasarkan perbandingan maklum balas dan kenyataan responden terhadap soalan-soalan yang dikemukan oleh pengkaji. Penganalisaan data akan dilakukan secara diskriptif.


BIBLIOGRAFI

B.K Mahajan, & M.C. Gupta. 1991. Textbook of preventive and social medicine. 1st Edi. Jaypee Brothers Medical Publishers. PVT.Lt.D. New Delhi.

Carlyle,G.D.M.1998. Globa TB Control Jeodar De Zeo By Trouble Spot. Malaysia Medical Journal (m/s 52).

Chau Jui Meng. 1998. Public Do Not Care. Malaysia Medical Journal (m/s 48).

Darrel N. Kotton. 2002. Medical Encyclopedia.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment