UNIT SAINS PEMBEDAHAN (2011)

UNIT SAINS PEMBEDAHAN (2011)
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Wednesday, February 23, 2011

Tuesday, February 22, 2011

PRAKATA PENULIS

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah bersyukur saya kehadarat Allah swt , kerana dengan izin limpah serta kurnianya hasrat dan perancangan yang saya ingin lakukan selama ini , iaitu berkongsi ilmu yang pernah saya perolihi dengan anda di luar sana telah mula menampakkan hasil dengan terbinanya paparan blog yang saya buat sendiri ini. InsyaAllah pengisian dari semasa ke semasa mengenai topik-topik Pembedahan, Orthopeadik dan lain-lain lagi akan saya muatkan dengan harapan ianya boleh membantu anda yang memerlukannya.

Pendekatan ini saya buat adalah bertujuan untuk menambahkan koleksi dan boleh mewarnai ilmu-ilmu Perubatan yang sedia ada dan yang paling utama sekali ialah seandainya pada satu hari nanti telah sampai masanya untuk saya mengundurkan diri / meninggalkan kerjaya saya atau  telah menyahut panggilan Illahi , sekurang-kurangnya hasil usaha saya selama ini masih boleh digunakan oleh anda. Itu pun kalau anda sudi membacanya. Saya tak mahu ilmu yang pernah saya pelajari turut berkubur bersama saya tanpa dapat dimanafaatkan oleh penyambung  kerjaya serta generasi pelapis dimasa-masa akan datang.

Walau bagaimanapun, saya memohon maaf kerana 'input-input' yang saya muatkan dalam topik-topik ini hanyalah pendedahan 'BASIK SAHAJA' dan untuk itu saya mengharapkan agar anda membuat rujukan untuk penambahbaikkan. Saya juga memohon maaf kerana ketika ini masih banyak topik-topik yang belum siap. Doakan agar apa yang sedang saya rancangkan dan yang sedang saya usahakan  ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah terlibat membantu secara langsung atau tak langsung saya ucapkan jutaan terima kasih

Selamat Tahun Baru 2011.

Sekian
Oleh:
Sarajol Ottoh.